10 berita pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 26, 2020 23:26 MYT
Mei 26, 2020 23:26 MYT
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 26 Mei 2020.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,448 kes dan mereka telah diasingkan serta diberi rawatan.
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengesan kontak rapat seorang pegawai pentadbiran di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) di Semenyih yang disahkan positif COVID-19.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa memantau penggunaan ubat tersebut termasuk kesan sampingan kepada pesakit.
Mengulas perkara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, penginapan yang sesak mengakibatkan penghuni tidak dapat mengamalkan penjarakan sosial.
Tindakan seorang penjawat awam memalsukan surat kebenaran merentas negeri untuk pulang menyambut Aidilfitri di kampung di Pendang membawa padah apabila dia dan keluarganya tidak dibenarkan kembali ke Putrajaya.
Menurut Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan republik itu, Heng Swee Keat, pakej rangsangan ekonomi yang dikenali sebagai ‘Fortitude Budget’ itu bernilai S$33 bilion (RM101 bilion).
Kata kunci "Indonesia? Terserah!!!" menjadi trending di media sosial akibat daripada kekecewaan kebanyakan masyarakat disana yang gagal mematuhi penjarakan sosial yang telah ditetapkan dalam membendung wabak COVID-19.
Pengarah Kecemasan WHO, Dr Michael Ryan berkata, lengkungan gelombang pertama penularan virus tersebut mungkin akan mengandungi puncak kedua pada grafnya.
Perkara itu dimaklumkan sebuah Persatuan Perubatan Jepun yang turut menggesa ibu bapa memandang serius kepentingan memahami risiko berkenaan.
Arab Saudi akan mula mengurangkan sekatan pergerakan dan perjalanan minggu ini, lebih dua bulan selepas pergerakan diperketatkan bagi membendung penularan pandemik COVID-19.