10 berita pilihan sepanjang hari ini

Nursyazwani Saiful Sham
Mei 24, 2020 23:03 MYT
Berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 24 Mei 2020.
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 24 Mei 2020.
PERKEMBANGAN ISU COVID-19
1) COVID-19: 60 kes baharu, 33 pulih dan tiada kematian
Jumlah kes baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini mengatasi kes yang telah pulih.
2) COVID-19: Kluster ketiga depoh tahanan dikesan, kali ini di Sepang
Mengesahkan perkara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan enam kes positif virus berkenaan di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Sepang, Selangor.
3) 97,552 pemeriksaan dilakukan bagi menguatkuasakan pematuhan SOP PKPB
Pasukan Task Force Operasi Pematuhan melakukan sebanyak 97,552 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara, semalam.
4) Lebih 22,000 kes positif COVID-19 di Indonesia
Indonesia mencatatkan 21 lagi kematian dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kematian akibat COVID-19 di negara itu meningkat kepada 1,372 orang.
5) COVID-19: Tambahan 548 kes di Singapura, jumlah keseluruhan 31,616
Singapura dalam pengesahan awal memaklumkan tambahan 548 kes COVID-19 setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak itu sebanyak 31,616.
NORMAL BAHARU
1) Normal baharu solat Aidilfitri di Masjid Zahir
Hanya 12 jemaah menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan penjarakan satu meter antara satu sama lain di Masjid Zahir, di Alor Setar, pada Ahad.
2) Normal baharu: Ini kelainan menyambut Aidilfitri dalam suasana pandemik
Acara berkumpul beramai-ramai, upacara sembahyang berjemaah di tempat ibadat, majlis makan malam perlu disambut hanya dalam kalangan keluarga sahaja demi membendung musuh ‘halimunan’ ini.
3) Umat Islam seluruh negara rai Syawal penuh sederhana, kebiasaan baharu
Aidilfitri yang kebiasaannya disambut meriah bagi meraikan kemenangan umat Islam berpuasa, kali ini diraikan penuh kesederhanaan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, antaranya mengehadkan ziarah raya hanya pada hari pertama sahaja dan tiada ziarah kubur.
4) Suasana lebaran berbeza, ATM tetap komited galas tanggungjawab - Panglima ATM
Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM berkata semangat para tentera kekal utuh meskipun tidak dapat pulang beraya bersama-sama keluarga di kampung halaman masing-masing.
5) COVID-19: Tiga strategi kerajaan Malaysia dipuji pakar Indonesia
Strategi kerajaan Malaysia dalam memastikan usaha menangani wabak COVID-19 berada di landasan yang betul dipuji oleh seorang pakar Indonesia.
#10 berita pilihan #COVID-19 #Hari Raya Aidilfitri #normal baharu #perintah kawalan pergerakan bersyarat
;