10 berita pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 22, 2020 22:30 MYT
Mei 22, 2020 22:30 MYT
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 22 Mei 2020.
PERKEMBANGAN ISU COVID-19
Sebanyak 63 kes positif COVID-19 telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital pada Jumaat, menjadikan jumlah kumulatif kes pesakit pulih sepenuhnya sebanyak 5,859 kes.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari bermula petang ini. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata salah seorang pegawai yang menghadiri mesyuarat pasca Kabinet di pejabatnya telah disahkan positif COVID-19.
Hanya warga asing di Depoh Tahanan Bukit Jalil dan Semenyih yang disahkan negatif COVID-19 akan dihantar pulang semula ke negara asal mereka.
Perkara itu diputuskan pada mesyuarat CCSA yang dipengerusikan Perdana Menteri Jen. Prayuth Chan o-cha yang turut membincangkan kemungkinan memendekkan tempoh perintah berkurung, berbanding 11 malam hingga 4 pagi sekarang ini.
Sarawak hari ini mencatat satu kes positif terbaharu di Kuching selepas lapan hari tidak mencatatkan sebarang kes positif COVID-19. Kes terbaharu Ini menjadikan jumlah kes positif keseluruhan di negeri itu kepada 545 kes.
NORMAL BAHARU
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerbitkan Kit Panduan Sambutan Aidilfitri di Rumah Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mengandungi amalan-amalan yang dituntut kepada umat Islam untuk dilakukan semasa sambutan Aidilfitri.
Kerajaan Pulau Pinang membenarkan 15 taman asuhan kanak-kanak (taska) di tempat kerja awam di seluruh negeri itu untuk beroperasi semula bermula 1 Jun ini.
Sebuah pusat beli-belah di Singapura menggunakan robot pintar dalam usaha melawan penularan wabak COVID-19, bukan dengan bahan kimia seperti kebiasaan sebaliknya menggunakan cahaya.
Menyesuaikan diri dengan transisi aktiviti persekolahan dan pekerjaan di rumah mungkin mencabar buat ramai, namun dalam situasi sebegini, kanak-kanak juga turut terikut dengan transisi ini ekoran perubahan semasa.
Tindakan tetamu bermalam di rumah ahli keluarga yang dikunjungi sebenarnya adalah satu kesalahan kerana melanggar garis panduan serta peraturan yang ditetapkan sebelum ini.
#10 berita pilihan
#Astro
#Astro Awani
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#koronavirus
#Muhyiddin Yassin
#normal baharu
#Perdana Menteri