10 berita pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Februari 10, 2020 15:46 MYT
10 berita pilihan sepanjang hari ini di Astro AWANI.
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 10 Februari 2020.
1) Pelawak Abam Bocey meninggal dunia
Pelawak popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada Isnin.
2) Fad dan Achey luah kesedihan, seakan tidak percaya pemergian Abam Bocey
Industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita menyedihkan pada Isnin apabila pelawak popular Abam daripada kumpulan Bocey meninggal dunia.
3) "Abam aku datang dengan mak ni, bangunlah Abam" - Ali Puteh
Ali menceritakan pada ketika itu dia masuk ke dalam bilik dan melihat abangnya itu kaku terbaring di atas katil dan dia cuba mengocangkan abangnya namun tiada sebarang respon.
4) "Kalau kita baik, semua orang sayang kita," - nasihat Allahyarham Abam Bocey
Berita pemergian Allahyarham Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey sudah tentu mengejutkan semua pihak terutama keluarganya.
5) Koronavirus: KKM sahkan satu lagi kes babitkan warga Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan seorang lelaki yang pulang ke Banting, Selangor dari Macau, China positif novel koronavirus.
6) Koronavirus: 22 kontak rapat dikesan babitkan kes ke-18
KKM memaklumkan sejumlah 22 kontak rapat telah dikesan melibatkan kes ke-18 yang disahkan positif Novel Koronavirus baharu (2019 nCov).
7) Polis siasat video tular guru belasah, cekik pelajar di Alor Setar
Polis mengesahkan telah menerima satu laporan mengenai kejadian seorang guru membelasah seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah di Alor Setar, Kedah.
8) Parasite buktikan kejayaan filem antarabangsa di Oscars 2020
Filem karya pengarah Korea Selatan, Bong Joon Ho, Parasite, diumumkan sebagai Filem Terbaik di Anugerah Akademi 2020 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat.
9) Polis rakam keterangan Syed Saddiq
Polis merakamkan percakapan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini bagi membantu siasatan kes kekecohan pada satu program Armada Bersatu Johor yang diadakan secara tertutup di Ulu Tiram, di sini, 31 Jan lepas.
10) Pakar antarabangsa WHO ke China, bantu siasatan koronavirus
Sekumpulan pakar antarabangsa yang diketuai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dikerah ke Beijing, China pada Isnin bagi membantu siasatan epidemik novel koronavirus.
#Abam #Astro Awani #berita dalam negara #berita luar negara #berita pilihan #Bocey #koronavirus #Oscars