10 berita pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 2, 2020 22:02 MYT
Februari 2, 2020 22:02 MYT
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 2 Februari 2020.
Pasukan peninjau Kedutaan Besar Malaysia ke China mula menggerakkan bilik operasi sekretariat di bandar Wuhan sebaik tiba di bandar itu pada pukul 3.50 pagi Ahad, waktu tempatan.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengembalikan dasar PPSMI dalam sistem pendidikan negara.
Perbincangan untuk pelaksanaan semula Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) masih di peringkat awal, kata Timbalan Perdana Menteri.
Malaysia Airlines hari ini mengumumkan ia akan membenarkan pembatalan tiket dengan bayaran balik penuh selain perubahan ke atas tiket secara percuma bagi penerbangan ke dan dari China.
China melaporkan kes virus selsema burung H5N1 di wilayah Hunan, yang terletak di sempadan selatan wilayah Hubei, yang merupakan pusat penularan wabak koronavirus.
Dua doktor di Thailand mendakwa ubat selesema dan AIDS berjaya menyembuhkan pesakit koronavirus.
Seramai 37 pesakit koronavirus kembali pulih dan dibenarkan keluar dari hospital Jinyintan di Wuhan, China pada Ahad.
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah akan menghadiri mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Jeddah, Arab Saudi esok.
Perkara itu diumumkan suaminya, pelakon Amar Baharin menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
Bintang tenis Serbia Novak Djokovic muncul juara perseorangan lelaki kejohanan tenis Terbuka Australia 2020 selepas berjaya membenamkan jaguh Austria Dominic Thiem dalam perlawanan akhir.
#Astro Awani
#berita pilihan
#Astro
#Mahathir Mohamad
#Wan Azizah
#Saifuddin Abdullah
#Novak Djokovic
#Malaysia Airlines
#Perdana Menteri
#Timbalan Perdana Menteri
#bird flu
#H5N1
#Influenza
#Malaysia
#penerbangan
#10 berita pilihan