10 berita pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 10, 2019 15:19 MYT
Disember 10, 2019 15:19 MYT
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi perhatian sepanjang hari ini, Selasa, 10 Disember 2019.
Tegas Naib Presiden PKR itu, sudah sampai masanya untuk mempelajari tentang kehidupan kerana dengan proses pembelajaran itu, akan menjadikan dirinya seorang yang lebih baik.
Ketua Polis Daerah Semporna, Supt Sabarudin Rahmat dalam satu kenyataan berkata, laporan polis telah dibuat oleh bapa mangsa pada 8 Disember lalu.
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menegaskan, nama-nama itu kelak perlu dimaklumkan Presiden PKR itu kepada Yang Di-Pertuan Agong dalam kadar segera untuk tindakan selanjutnya.
Sebuah rumah banglo di Jalan Tun Dr Ismail bukan sahaja dipercayai disewa untuk dijadikan markas aktiviti atas talian oleh 40 warga asing dari China, bahkan juga menjalankan aktiviti seks tidak bermoral.
Muhammed Yusoff Rawther hari ini hadir semula ke ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman untuk memberi keterangan susulan dakwaan dirinya dicabul Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gobind Singh Deo, tidak merasakan pengunduran lebih awal Ahmad Idham Ahmad Nadzri daripada jawatan CEO Finas, ada kena mengena dengan komennya berkenaan sekatan kandungan Netflix.
Menurut kenyataan itu, mangsa berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Christchurch.
Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Abd Rahim Jaafar berkata, ia bagi memastikan semua anggota dan pegawai polis yang akan dilahirkan kelak, memiliki nilai-nilai murni serta berintegriti tinggi.
Mangsa berkata, dia mengenali 'suaminya' itu bernama Kenneth Cheung sejak Oktober tahun lepas melalui laman sosial Facebook namun tidak pernah bersemuka dengan suspek.
Fredriksson, 61 tahun, didiagnosis menghidap ketumbuhan di otaknya pada 2002, namun tetap terus menghasilkan muzik sepanjang dia menjalani rawatan penyakitnya.