10 berita pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 5, 2019 23:02 MYT
Disember 5, 2019 23:02 MYT
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 5 Disember 2019.
Mana-mana ahli atau pemimpin PKR yang menghadiri perhimpunan selain Kongress Nasional parti itu di Melaka bakal berdepan tindakan tegas termasuk dipecat dari parti.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan peguam Ramkarpal Singh untuk menghantar notis undang-undang kepada bekas kakitangannya Muhammed Yusoff Rawther.
Buat pertama kali dalam sejarah sejak penubuhan Parti Keadilan Rakyat, atau Parti Keadilan Nasional sejak 1999, hampir terjadi dua kongres berlangsung serentak, ekoran sengketa dalaman antara pemimpin parti yang seperti tidak berkesudahan.
Keputusan sama ada untuk menginstitusikan Muafakat Nasional bergantung kepada Laporan Kajian Peringkat Jawatankuasa Teknikal UMNO dan Pas, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Gara-gara terlalu banyak kerusi kosong sepanjang berlangsung sesi perbahasan perwakilan Pemuda UMNO di Perhimpunan Agung UMNO 2019 (PAU2019), sesi berkenaan dibuka kepada orang ramai tanpa perlu memiliki pas rasmi.
Hasrat lima sekawan untuk memancing bertukar tragedi apabila salah seorang daripadanya lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Kampung Kuala Lanjut, Alor Setar.
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan serangan seksual terhadap anak perempuannya.
Jenazah Datuk Nassier Wahab selamat dikebumikan sekitar jam 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Belah, di sini.
Dalam kalangan pemain industri perfileman tanah air, spekulasi mengenai pengunduran Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) rancak diperkatakan sejak beberapa hari lalu.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengesahkan kontrak ketua jurulatih skuad Bawah 22 tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee yang berakhir hujung tahun ini tidak akan disambung.