10 berita pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 15, 2019 23:17 MYT
November 15, 2019 23:17 MYT
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 15 November 2019.
Kerajaan akan memastikan infrastruktur sokongan lengkap untuk menjadikan impian 30 peratus penyertaan wanita dalam semua sektor tercapai.
Seorang pekerja syarikat pembersihan Hayara Sdn Bhd cedera parah dirempuh sebuah kereta dalam kejadian kemalangan di Jalan Anson, di sini pagi tadi.
Astro AWANI berkesempatan bertemu dengan calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini di Bilik Gerakan Utama Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan di Eco Rambah, di sini untuk mendengar visi dan misi serta harapan beliau untuk Parlimen 165 Tanjung Piai ini.
Exco kerajaan negeri Paul Yong Choo Kiong dilihat tetap hadir ke Persidangan Dewan Negeri Perak ke-14 hari ini walaupun sebelum ini dia mengumumkan bercuti daripada tugas-tugas rasmi sebagai ahli Exco.
Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Sarawak berjaya menyelamatkan seekor beruang madu yang dipercayai dipelihara oleh seorang penghuni rumah panjang tanpa permit di RH Kasa, Ijok Spak dekat sini.
Seorang lelaki hari ini, dituduh membunuh ibunya sendiri di Mahkamah Majistret Kuantan dalam kejadian di Taman Kampung Padang Jalan Sungai Lembing Kuantan pada Selasa lalu.
Dua remaja masing-masing berusia 13 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan membunuh Mohammad Aimin Nurul Amin, 7, yang ditemukan dalam keadaan lemah di sebuah pusat tahfiz di sini, Khamis lepas.
Seorang pegawai wanita Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan rakan serumahnya hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan membunuh bayi berusia 23 bulan.
Dalam tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, hanya berbaki beberapa jam sahaja lagi bagi calon-calon yang bertanding, khususnya dari Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) terus menggiatkan usaha mereka bagi bertemu seramai mungkin pengundi.
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini gagal dalam permohonannya untuk menangguhkan perbicaraan untuk membela diri dalam kes SRC International Sdn Bhd yang dijadual bermula pada 3 Dis.
#Astro Awani
#berita pilihan
#bunuh
#diesel
#Hannah Yeoh
#Infrastruktur
#Karmaine Sardini
#Mahkamah Majistret
#petrol
#pilihan raya
#RON95
#RON97