10 berita pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 15, 2019 22:40 MYT
Oktober 15, 2019 22:40 MYT
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat perhatian sepanjang hari ini, Selasa, 15 Oktober 2019.
Mengharungi kepayahan sewaktu usia muda menjadikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seorang yang cukup kental dalam menghadapi apa jua cabaran sehingga muncul sebagai pemimpin yang dihormati di dalam dan luar negara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan masa bersama termasuk tempoh proses penyusuan amat penting kepada ibu dan bayi.
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berpandangan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak seharusnya dimansuhkan.
Kerajaan menghadapi kesukaran untuk menaikkan harga tanah pemilik di Kampun Baru dalam usaha untuk memastikan orang Melayu menjadi penduduk majoriti di kawasan itu.
Mayat seorang lelaki yang ditemui di celah kapal minyak di sebuah jeti persendirian di Jalan Lanang dekat sini akan diklasifikasi semula jika ia melibatkan unsur-unsur jenayah sehingga bedah siasat selesai kelak.
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan empat sebatan kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang ditahan polis kerana disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan pemberontak Tamil Eelam (LTTE), akan kekal sebagai wakil rakyat.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan, beliau tidak akan meninggalkan parti itu.
Tidak timbul lagi isu peralihan kuasa Perdana Menteri melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sekurang-kurangnya 13 anggota polis maut dalam satu serangan di Michoacan, Mexico, pada Isnin, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan Kementerian Keselamatan Awam persekutuan negara itu.