10 berita pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 25, 2019 22:42 MYT
September 25, 2019 22:42 MYT
DARI pelbagai berita yang disampaikan sepanjang hari ini (Rabu, 25 September 2019), berikut adalah 10 berita yang menjadi pilihan pengikut Astro AWANI:
Seorang lelaki warga tempatan disyaki ahli sindiket pemerdagangan manusia warga asing mati ditembak polis di Jalan Bandar 10, Puchong, Selasa malam.
Menjelang hujung tahun ini, usahawan kelahiran Malaysia yang sangat dikehendaki, Low Taek Jho atau Jho Low dijangka dibawa pulang ke tanah air.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan kepakaran pihak luar untuk menganalisa kandungan video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri kanan seperti yang tular di media sosial beberapa bulan lalu.
Pakar Ekonomi, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menegaskan bahawa Projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) perlu dinilai semula tanpa 'memalukan' negara China.
Seramai 47 pelajar Malaysia di Riau selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) tengah hari Rabu.
Seorang anggota polis maut manakala isteri dan dua anaknya parah selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori sehingga menyebabkan kenderaan dinaiki mereka terbabas ke dalam sungai.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa memainkan peranan dalam menangani krisis yang mendepani etnik Rohingya.
Walaupun Melaka mula dilimpahi hujan sejak beberapa hari lalu, tetapi paras air di empangan dan kolam tadahan, terutamanya di empangan utama di Durian Tunggal masih belum menunjukkan perubahan positif.
Penampilan Duchess of Sussex, Meghan Markle memakai selendang ketika menziarahi masjid tertua di Afrika Selatan, Auwul, di Bo-Kaap pada hari kedua lawatan diraja mendapat pujian ramai.
Presiden Brazil Jair Bolsonaro bertegas mempertahankan hak negaranya mengekploitasi hasil mahsul hutan Amazon untuk tujuan pembangunan.