10 berita pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 22, 2019 22:31 MYT
Ini 10 berita pilihan sepanjang hari ini di Astro AWANI.
DARI pelbagai berita yang disampaikan sepanjang hari ini (Ahad, 22 September 2019), berikut adalah 10 berita yang menjadi pilihan pengikut Astro AWANI:
1) Bayi lelaki 20 bulan maut didera empat remaja perempuan
Seorang bayi lelaki berumur 20 bulan maut selepas didera oleh empat rakan perempuan ibu mangsa di sebuah kediaman di Taman Hatib, Semporna, Sabah pada Jumaat.
2) Anwar perlu 'berjiwa besar' - Zuraida
Sebagai bakal perdana menteri kelapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu ‘berjiwa besar’ dan bersedia untuk bertemu dengan pihak yang berbeza pendapat dalam parti itu, kata Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin.
3) JBPM siap sedia hadapi banjir termasuk di luar jangka
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meletakkan 14,000 anggotanya di seluruh negara bersiap sedia untuk menghadapi banjir termasuk di luar jangka bermula dari sekarang.
4) Semua sekolah di Kuala Lumpur beroperasi Isnin
Semua 296 sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang ditutup pada Khamis dan Jumaat minggu lepas (19 dan 20 Sept) akan beroperasi seperti biasa pada Isnin 23 Sept, kata Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Maznah Abu Bakar.
5) Tun Mahathir terima Anugerah Khas Kelestarian Canselor USM
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menerima Anugerah Khas Kelestarian Canselor oleh Universiti Sains Malaysia (USM) atas bakti beliau kepada negara dan masyarakat global.
6) Agong berkenan kurnia watikah Sasterawan Negara Ke-14
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan watikah Sasterawan Negara kepada Siti Zainon.
7) Bekas setiausaha sulit Ahli Parlimen Tebrau didakwa menipu lebih RM39,000
Bekas setiausaha sulit kepada Ahli Parlimen Tebrau mengaku tidak bersalah terhadap tujuh pertuduhan menipu dan memperdaya dengan nilai keseluruhan RM39,450 di Mahkamah Majistret Johor Bahru.
8) Kenapa langit tiba-tiba jadi merah?
Fenomena langit bertukar menjadi warna merah di Jambi, Indonesia pada Sabtu berpunca daripada keadaan jerebu yang sudah berada pada lapisan tinggi di atmosfera kesan daripada kebakaran hutan yang meluas.
9) Jerebu: Ujian Mendengar PT3 boleh ditangguh jika IPU lebih 200
Kawasan berjerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200 boleh menangguhkan ujian mendengar Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Al-Lughah al-Arabiah Al-Muasirah sehingga 31 Oktober ini.
10) RWC 2019: Ireland tundukkan Scotland 27-3
Kejohanan Piala Dunia Ragbi 2019 menyaksikan pasukan Ireland menundukkan Scotland 27-3 di Stadium Antarabangsa Yokohama pada Ahad.
#Astro Awani #berita dalam negeri #berita luar negara #berita pilihan
;