10 beranak berteduh di rumah usang
Astro Awani
Januari 29, 2013 06:57 MYT
Januari 29, 2013 06:57 MYT
Rentetan kemiskinan 10 beranak hanya mampu menghuni rumah peninggalan orang tua yang hampir roboh di Kampung Pengkalan Nangka, Chempaka, Kelantan.
Rumah usang dan daif dengan atapnya yang bocor serta dindingnya yang reput di makan anai-anai.
Norma Mat, 39 tahun merupakan ibu tunggal bekerja sebagai pembantu kedai makan.
Mempunyai 4 orang anak, Norma juga tinggal bersama adiknya Norlida berusia 37 tahun, seorang OKU yang mengalami penyakit glokoma.
Meskipun adiknya mempunyai suami, dia jarang pulang ke rumah.
Akibatnya, Norlida yang menganggur terpaksa menanggung empat anaknya yang berusia antara 6 hingga 17 tahun.
Selain bantuan saudara dan jiran tetangga, mereka bergantung kepada pendapatan Norma.
Harapan mereka hanya satu iaitu untuk memiliki sebuah rumah yang lebih selamat dan selesa.
Masalah keluarga ini mendapat perhatian Skuad Penyayang, Pergerakan Wanita Umno Kelantan.
Beliau juga berharap pelbagai pihak dapat menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga ini.