10 benteng pemecah ombak akan dibina di Terengganu

Astro Awani
Februari 9, 2016 08:00 MYT
Tiga daripada benteng berkenaan sudah dibina dan tujuh lagi dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2020. - Foto Pantai Dungun
Sebanyak 10 benteng pemecah ombak bakal dibina di sepanjang jalan Pantai Teluk Lipat hingga ke Pantai Teluk Gadong.
Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu, Zainal Abidin Hussin berkata, peruntukan sebanyak RM69 juta diluluskan bagi menyelesaikan masalah hakisan pantai di Dungun sepanjang tujuh kilometer.
Zainal Abidin berkata tiga daripada benteng berkenaan sudah dibina dan tujuh lagi dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2020.
Tambahnya, beliau berkata Pantai Teluk Lipat diklasifikasikan sebagai kritikal dan kerja menaiktaraf serta melindungi pantai dipertanggungjawabkan Kepada Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER).
Menurutnya , ECER bertanggungjawab membuat penilaian kos serta membaik pulih kesan hakisan ombak di kawasan terbabit.
#ECER #Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu #Zainal Abidin Hussin
;