KUALA LUMPUR:Kompleks beli-belah, 1 Utama mengesahkan seorang kakitangan Mac City Service Centre didapati positif COVID-19.
Pihak pengurusan 1 Utama dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan kakitangan berkenaan tidak berkunjung ke pusat beli-belah itu sejak 30 September lalu, dan telah dimasukkan ke sebuah hospital kerajaan untuk rawatan.
Jelas kenyataan itu lagi, pihak pengurusan telah menjejaki pintu masuk pekerja lelaki itu, dan mendapati suhu kakitangan berkenaan berada di bawah 37.5 darjah celsius.
“Ini adalah kes terpencil, yang pertama kali berlaku di 1 Utama sejak wabak COVID-19 (melanda) pada tahun ini. Sejujurnya, kami sangat terkilan menerima berita tersebut walaupun kami telah melakukan yang terbaik untuk mencegah COVID-19.
“Bagaimanapun, selepas sebulan persediaan, kita kini berada dalam keadaan yang baik untuk bertindak balas terhadap situasi kecemasan ini.
“Dengan penuh telus, kami menganggap ini adalah keutamaan kami untuk memberikan maklumat yang tepat pada masanya kepada orang ramai, para pembeli, penyewa-penyewa serta vendor kami,” demikian menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook 1 Utama.
Dalam perkembangan sama, syarikat itu menambah langkah-langkah mitigasi awal dan keselamatan awam telah diaktifkan bagi menghadkan sebarang risiko penularan jangkitan.
Selain itu, Mac City turut ditutup untuk proses nyah kuman, sementara rakan-rakan sekerja kakitangan berkenaan diarah menjalani kuarantin.
“Pembersihan secara menyeluruh telah dilakukan termasuk di unit pengendalian udara (AHU), kawasan awam, kemudahan, lif, eskalator, tandas serta bilik bayi.
“Pengesanan kontak rapat turut dilakukan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan memeriksa daftar masuk Kod QR kakitangan yang terlibat,” jelas kenyataan itu.
Hasimi Muhamad
Mon Oct 05 2020
![1 Utama sahkan pekerja Mac City positif COVID-19 1 Utama sahkan pekerja Mac City positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71601885737_TBSanitise.jpg)
Selain itu, Mac City turut ditutup untuk proses nyah kuman, sementara rakan-rakan sekerja kakitangan berkenaan diarah menjalani kuarantin - Gambar Facebook 1 Utama
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Yayasan Albukhary: Guan Eng tidak batalkan pengecualian cukai ketika jadi Menteri Kewangan Yayasan Albukhary: Guan Eng tidak batalkan pengecualian cukai ketika jadi Menteri Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721046171_LimGuanEng.jpg)
Yayasan Albukhary: Guan Eng tidak batalkan pengecualian cukai ketika jadi Menteri Kewangan
Lim memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan arahan membatalkan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary, semasa beliau memegang jawatan Menteri Kewangan.
![ASEAN 2025: PM yakin Malaysia mampu jadi tuan rumah terbaik ASEAN 2025: PM yakin Malaysia mampu jadi tuan rumah terbaik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720712803_TBAnwarIbrahim.jpg)
ASEAN 2025: PM yakin Malaysia mampu jadi tuan rumah terbaik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan bahawa Malaysia mampu menjadi tuan rumah terbaik sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025.
![Suami isteri ditahan kerana biar anak tidur di kaki lima flat Suami isteri ditahan kerana biar anak tidur di kaki lima flat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667557232_Bernama.jpg)
Suami isteri ditahan kerana biar anak tidur di kaki lima flat
Polis menahan sepasang suami isteri kerana tidak membenarkan anak lelaki mereka berusia 13 tahun masuk ke dalam rumah sehingga terpaksa tidur di kaki lima perumahan flat.
![Polis tahan enam anggota sindiket ah long disyaki ugut peminjam Polis tahan enam anggota sindiket ah long disyaki ugut peminjam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707752106_TBCPMKumar.jpg)
Polis tahan enam anggota sindiket ah long disyaki ugut peminjam
Polis menahan enam individu disyaki terbabit aktiviti pinjaman wang tanpa lesen atau 'Ah Long' menerusi beberapa serbuan di sekitar Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur bermula 28 Jun hingga 1 Julai.
![Agama, kaum sering disalah guna untuk manfaat kumpulan tertentu - PM Agama, kaum sering disalah guna untuk manfaat kumpulan tertentu - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720706229_TBAnwarIbrahim.jpg)
Agama, kaum sering disalah guna untuk manfaat kumpulan tertentu - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata agama sering disalah guna untuk memanfaatkan kumpulan kecil tertentu akibat kejahilan atau salah faham.
![Meta luaskan polisi untuk memadam posting menghina 'Zionis' Meta luaskan polisi untuk memadam posting menghina 'Zionis'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709656518_MetaPlatforms.jpg)
Meta luaskan polisi untuk memadam posting menghina 'Zionis'
Meta, syarikat induk Facebook dan Instagram, mengumumkan peluasan polisi ucapan benci pada Selasa untuk memadam hantaran yang menyasarkan "Zionis" dengan cara menghina.
![MCA harap pelajar gagal rayuan ke matrikulasi diberi peluang kedua MCA harap pelajar gagal rayuan ke matrikulasi diberi peluang kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719891692_TBWEEKASIONGJB.jpg)
MCA harap pelajar gagal rayuan ke matrikulasi diberi peluang kedua
MCA berharap pelajar yang gagal dalam rayuan bagi memasuki program matrikulasi diberi peluang kedua untuk melanjutkan pengajian.
![Pesara rugi lebih RM200,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud Pesara rugi lebih RM200,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51704013524_scam.jpg)
Pesara rugi lebih RM200,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Siasatan awal mendapati wanita itu berminat dengan tawaran menarik melalui skim pelaburan terbabit yang menjanjikan keuntungan 8,000 peratus daripada jumlah pelaburan.
![Bekas pemilik syarikat dipenjara enam bulan sembunyi lebih RM1.3 juta wang milik wanita Bekas pemilik syarikat dipenjara enam bulan sembunyi lebih RM1.3 juta wang milik wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673518377_TBSIMBAHASID.jpg)
Bekas pemilik syarikat dipenjara enam bulan sembunyi lebih RM1.3 juta wang milik wanita
Dia didakwa melakukan perbuatan itu sebuah premis di Sentul pada 19 April lepas mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
![Mohd Na'im nafi terlibat mengajak masyarakat sertai kumpulan di media sosial Mohd Na'im nafi terlibat mengajak masyarakat sertai kumpulan di media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
Mohd Na'im nafi terlibat mengajak masyarakat sertai kumpulan di media sosial
Mohd Na'im Mokhtar menafikan penglibatan dalam mengajak masyarakat menyertai mana-mana kumpulan di media sosial.