1 terkorban, 3 cedera dalam insiden kren tumbang di Jalan Damansara

Hilal Azmi
Januari 12, 2016 12:06 MYT
Pihak bomba mendapat laporan tentang kejadian pada jam 4:50 petang dan tiba di tempat kejadian sekitar 5:10 petang. - Foto Astro AWANI / Mohd Saifuddin
Seorang terkorban manakala tiga cedera dalam kejadian kren tumbang di Jalan Damansara, di sini hari ini.
Pihak bomba mendapat laporan tentang kejadian pada jam 4.50 petang dan tiba di tempat kejadian sekitar 5.10 petang.
Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Li Yi Jia berusia 50 tahun manakala tiga yang cedera merupakan warga Myanmar, China dan tempatan.
Bomba berjaya mengeluarkan mayat mangsa sekitar jam 7.20 malam.
#bomba #JBPM #kren #maut #tumbang