1 Ogos kelepasan am Pahang sempena Hari Keputeraan Sultan

Bernama
Jun 16, 2022 14:06 MYT
Al-Sultan Abdullah diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan. - Gambar fail
KUANTAN: Hari kelepasan am Pahang sempena Hari Keputeraan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk tahun ini ditetapkan pada Isnin, 1 Ogos.
Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Sallehuddin Ishak menerusi kenyataan di sini hari ini berkata ketetapan itu dibuat bagi menjunjung titah Al-Sultan Abdullah.
Berdasarkan subseksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369), pihak berkuasa negeri menetapkan 1 Ogos 2022 sebagai hari kelepasan am Pahang untuk tahun ini sahaja.
Al-Sultan Abdullah diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan.
Pada tahun ini, 30 Julai jatuh pada hari Sabtu.
-- BERNAMA
#Hari Keputeraan Al-Sultan Abdullah #kelepasan am Pahang #Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah #Pahang
;