1 Ogos diisytihar cuti umum di Pahang

Mohd Zalani Md Atan
Jun 16, 2022 12:34 MYT
Kerajaan Pahang mengumumkan 1 Ogos depan sebagai Hari Kelepasan Am sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - Gambar fail BERNAMA
KUANTAN: Kerajaan Pahang mengumumkan 1 Ogos depan sebagai Hari Kelepasan Am sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak, keputusan itu bagi menjunjung titah perintah baginda.
“Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Hari Kelepasan Am Negeri Pahang Darul Makmur sempena Hari Keputeraan baginda telah ditetapkan pada 1 Ogos 2022.
“Berdasarkan subseksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Pihak Berkuasa Negeri telah menetapkan tarikh terbabit sebagai Hari Kelepasan Am Negeri Pahang sahaja bagi tahun ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.
#1 Ogos cuti umum #Hari Keputeraan Sultan Pahang #Al-Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah #Kerajaan Pahang
;