1 Mei masih cuti umum Hari Pekerja 2018

Bernama
Mac 16, 2018 13:21 MYT
Hari Pekerja merupakan hari cuti umum bagi Malaysia.
Cuti umum bersempena Hari Pekerja pada tahun ini kekal pada 1 Mei seperti tahun-tahun sebelumnya meskipun program sambutan Hari Pekerja bagi tahun ini ditunda.
Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan program Sambutan Hari Pekerja 2018 ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Kenyataan kementerian itu dikeluarkan bagi mengelakkan kekeliruan ekoran laporan yang memetik Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot tentang kemungkinan sambutan Hari Pekerja tahun ini tidak dapat diadakan pada 1 Mei seperti kebiasaan dan mungkin hanya boleh dibuat selepas 'satu raya besar', yang merujuk kepada pilihan raya umum ke-14.
BACA: Hari Pekerja 2018 mungkin tidak disambut 1 Mei - Riot
BACA: Pilihan raya 1 Mei hanya kemungkinan - Richard Riot
Hari Pekerja kebiasaannya diraikan pada 1 Mei setiap tahun. Hari Pekerja merupakan hari cuti umum bagi Malaysia.
-- BERNAMA
#cuti #Hari Pekerja #Kementerian Sumber Manusia #Kenyataan #mei #raya besar #Richard Riot #umum
;