1 dari 4 kanak-kanak ke sekolah tanpa sarapan pagi

Syafique Shuib
Mei 10, 2015 21:30 MYT
Antara pememang acara larian pada Hari Sarapan Malaysian anjuran Milo. -Gambar: Astro AWANI/Syafique Shuib
Sarapan pagi merupakan waktu hidangan penting untuk semua peringkat umur.
Namun, satu dari empat kanak-kanak ke sekolah tanpa sebarang makanan.
Untuk mendidik rakyat Malaysia tentang pentingnya sarapan pagi, minuman malt coklat Milo keluaran Nestle telah menganjurkan acara Hari Sarapan Malaysia di Putrajaya pagi tadi.
Pengurus Eksekutif Unit Perniagaan Milo Nestle Philomena Tan berkata acara Hari Sarapan Malaysia adalah usaha jenama itu untuk orang ramai, khususnya ibu bapa tentang pentingnya sarapan pagi.
“Satu daripada empat kanak-kanak Malaysia masih meninggalkan rumah tanpa sarapan mereka pagi hari. Ia adalah tabiat yang tidak bagus. Kami cuba untuk meningkatkan kesedaran dan kepentingan itu.
“Kanak-kanak pada dasarnya membesar pada malam sebelumnya dan menggunakan sehingga 80 peratus daripada tenaga simpanan mereka. Apabila mereka bangun, mereka mempunyai baki 20 peratus daripada tenaga simpanan. Jadi saya rasa perkara yang terbaik untuk dilakukan pada waktu pagi adalah untuk menambah tenaga mereka dengan sarapan pagi,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Kesihatan Korporat Nestle, Cher Siew Wei akui Malaysia terkenal dengan makanan-makanan yang berat seperti nasi lemak atau roti canai untuk sarapan pagi.
Beliau berkata, ia masih boleh dimakan, namun ia perlu seimbang.
Nasi lemak anda boleh pilih nasi lemak bungkus, iaitu nasi lemak biasa. Untuk roti canai anda boleh makan dengan kacang dal dan bukan dengan hanya kari kerana anda akan mendapatkan lebih banyak protein daripada kacang dal itu,” katanya.
Hari Sarapan Malaysia pertama kali dianjurkan pada tahun 2013 dan merupakan acara tahunan.
Acara tahun ini berskala lebih besar kerana turut dianjurkan di Ipoh, Perak dan Kuching, Sarawak sebelum ini.
Menurut Ketua Rantau Malaysia dan Singapura Nestle, Alois Hafbauer, ini kerana jumlah peserta kian meningkat dari tahun ke tahun.
Kami tidak pernah membayangkan ia dapat sambutan hangat oleh orang ramai. Kami bermula di sini dengan 10,000 hingga 15000 orang. Hari ini anda melihat lebih daripada 20,000 hingga 30,000 oran.
Kami mahu melaksanakannya ke seluruh negara. Oleh itu kami berada di Kuching dan Ipoh. Jumlah peserta secara keseluruhan mencecah 40,000 peserta. Kami mahu berkembang lagi kerana ini adalah satu perkara yang baik dan menerima sambutan positif dari orang ramai," katanya
#Alois Hafbauer #Hari Sarapan Malaysia #milo #Nestle
;