1 dari 10 jemaah tabligh Sri Petaling positif COVID-19

Harits Asyraf Hasnan
Mac 22, 2020 10:48 MYT
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata secara keseluruhan pihaknya telah menyaring sebanyak 11,000 jemaah.
Kementerian Kesihatan hari ini mendedahkan nisbah kes positif bagi setiap jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling yang disaring adalah satu kepada 10.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata secara keseluruhan pihaknya telah menyaring seramai 11,000 jemaah.
“Yang positif untuk COVID-19 dalam kalangan jemaah tabligh ialah 743 kes yang positif.
“Saringan yang dilaksanakan 11,000 di mana pensampelan yang dilakukan adalah ke atas 6,700.
“Jadi, setiap 10 orang yang kita saring, seorang positif COVID-19,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata saringan juga telah dilakukan ke atas 11 jemaah tabligh rakyat Malaysia yang telah menghadiri program di Sulawesi.
“Pada 15 Mac, saya telah ada pertemuan dengan pemimpin tabligh di mana mereka maklumkan mungkin 85 orang telah hadir perhimpunan di Sulawesi.
“Jadi kemungkinan dalam 80 hingga 100 orang keseluruhan warga negara Malaysia (hadir program itu),” ujarnya.
#coronavirus #COVID-19 #COVID19 #Dr Noor Hisham Abdullah #Kementerian Kesihatan #koronavirus #Noor Hisham Abdullah #rakyat Malaysia