1.14 juta belia sertai Skuad Muda KDN

Bernama
Januari 22, 2013 16:47 MYT
Kira-kira 1.14 juta anak muda menyertai Skuad Muda Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat ini dengan 54,864 anggota di Negeri Sembilan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong.
Katanya menerusi sambutan yang menggalakkan itu, kementerian yakin skuad terbabit dapat menjadi pendorong kepada golongan sukarelawan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Skuad ini merupakan pasukan sukarelawan di bawah KDN seperti Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis), katanya kepada pemberita selepas pelancaran Perhimpunan Gelombang Kedamaian 1KDN peringkat Negeri Sembilan di sini, Selasa.
#Datuk Lee Chee Leong #KDN #skuad muda
;