Zul Ariffin selamatkan Neelofa dari jatuh

Sinar Harian
April 9, 2018 12:13 MYT
Kejadian itu mendapat sorakan ramai dan pasangan pengacara Neelofa, Nabil sendiri. - Foto Sinar Harian

KEMUNCULAN aktor berbadan sasa, Zul Ariffin di atas pentas Anugerah MeleTop Era 2018 (AME2018) secara tidak langsung telah menyelamatkan pengacara dan pelakon, Neelofa daripada terjatuh.

Sebelum segmen menyampaikan anugerah untuk kategori Program MeleTop dan Hos MeleTop bersama Ziana Zain, Zul terlebih dahulu muncul sendiri dan berdialog bersama Neelofa bagi mempromosikan drama lakonan mereka.

Bagaimanapun ketika wanita berusia 29 tahun cuba beralih badan, Neelofa hampir tergelincir dan sempat berpaut pada Zul bagi mengelakkan dia terjatuh.

Kejadian itu mendapat sorakan ramai dan pasangan pengacara Neelofa, Nabil sendiri.
BACA: Senaskhah al-Quran ibu peneman Zul Ariffin
BACA: "Saya dan Zul Ariffin masih baik, tapi...."- Zahirah Macwilson
BACA: Dijodohkan dengan Neelofa, ini jawapan Zul Ariffin
#bercinya #Meletop #Neelofa #pelakon #Pengacara #terjatuh #Ziana Zain #Zul Ariffin
;