Zul Ariffin akui janggal mahu mesra dengan Neelofa
Gempak
Februari 19, 2018 17:02 MYT
Februari 19, 2018 17:02 MYT
Selepas kecoh foto berpelukan pelakon Neelofa dan Zul Ariffin yang dikatakan kurang manis ketika menjayakan penggambaran drama bersiri Ti Amo Sweetheart 100 Hari, aktor lelaki tersebut tampil menjelaskan situasi sebenar.
Zul Ariffin memberitahu sebenarnya dia agak janggal apabila diminta untuk berlakon seperti sudah mengenali Neelofa bertahun-tahun, sedangkan masing-masing baru pertama kali digandingkan bersama.
Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, Zul memberitahu ada kalanya dia berasa malu apabila perlu mewujudkan kemesraan dengan Neelofa dan meyakinkan penonton yang mereka benar-benar bercinta di dalam drama tersebut.
Namun semuanya dilakukan atas kepercayaan dan kehendak produksi agar ia dapat direalisasikan dengan baik di dalam 'screen'.