Zizie Ezette, Bung Moktar timang bayi kembar lelaki
Madiha Abdullah
Disember 30, 2017 18:25 MYT
Disember 30, 2017 18:25 MYT
PELAKON Datin Seri Zizie Ezette selamat melahirkan bayi kembarnya pada Jumaat.
Hal itu diumumkan sendiri oleh Zizie melalui akaun Instagramnya.
Bayi kembar lelaki itu dilahirkan Zizie di Pusat Perubatan Prince Court, masing-masing pada jam 5.48 pagi dan 5.50 pagi.
Zizie yang juga isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar, melahirkan bayi kembar itu awal sehari dari tarikh yang dijangka doktor, iaitu hari ini (Sabtu).
"Alhamdulillah, kedua-dua dalam keadaan sihat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya," tulis Zizie.
Sementara itu, Bung turut meluahkan rasa syukur atas kelahiran dua puteranya dan berharap ia akan menjadi pengerat kasih sayang mereka sekeluarga.
Zizie, 39 tahun, mengahwini Bung, 58 tahun, pada tahun 2009.
Julai lalu, Zizie mengumumkan dia dan suami bakal menimang cahaya mata kembar selepas sekian lama menanti, juga melalui akaun Instagram.