Zizan Razak ungguli Anugerah MeleTOP ERA

Astro Awani
Februari 8, 2014 16:08 MYT
Zizan Razak berjaya membawa pulang anugerah utama pada malam Anugerah MeleTOP Era (AME) iaitu Anugerah Top Top MeleTOP Lelaki. Selain itu, beliau juga membawa pulang anugerah Fesyen Meletop, Bintang Siber Meletop, dan Anugerah WeChat Meletop.
Hafiz juga mengungguli anugerah tersebut yang diadakan buat pertama kali dengan tiga anugerah: Grup/Duo Meletop, Penyanyi Meletop dan Lagu Meletop.
Pendatang baru Zara Zya berjaya membawa pulang anugerah Top Top MeleTOP (Wanita) dan Artis Baru Meletop.
AME yang bertemakan 'Yang Hit, Yang Meletop' merupakan anugerah terbaru untuk meraikan dan mengiktiraf artis-artis tempatan serta hasil karya seni mereka yang merangkumi beberapa bidang seperti muzik, filem, drama, radio dan digital.
Ia menampilkan Datuk AC Mizal, Neelofa dan Nabil Ahmad selaku pengacara. Manakala Hanis Zalikha dan Aril bakal bertindak selaku pengacara karpet merah.
AME berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada Sabtu malam.
Berikut adalah senarai para pemenang:
Fesyen Meletop
1) Elfira Loy
2) Nora Danish
3) Nur Fazura
4) Shila Amzah
5) Zizan Razak (PEMENANG)
Couple Meletop
1) Aeril Zafrel & Wawa Zainal
2) Diana Amir & Habib
3) Fizo Omar & Mawar
4) Izzue Islam & Awin Nurin
5) Nabil Ahmad & Zira (PEMENANG)
Bintang Siber Meletop
1) Aaron Aziz
2) Dato' Siti Nurhaliza
3) Emma Maembong
4) Najwa Latif
5) Zizan Razak (PEMENANG)
Artis Baru Meletop
1) Azhael
2) Faizul
3) Risteena Munim
4) Syafiq Kyle
5) Zara Zya (PEMENANG)
JoHaRa Pagi Era memenangi kategori Program Radio Meletop - Facebook
Program Radio Meletop
1) Carta Era 40
2) Carta Fulamak Sinar
3) Carta Meletop 40 Era
4) Johara Pagi Era (PEMENANG)
5) Sinar Pagi
Penyampai Baru Radio Meletop
1) Aril Era fm
2) Feeya Iskandar Sinar fm
3) Nabil Era fm (PEMENANG)
4) Shasha Al Khred Era fm
5) Zahid Era fm
Grup / Duo Meletop
1) Dato' AC Mizal
2) Forteen
3) Dato' Siti Nurhaliza & Hafiz Suip (PEMENANG)
4) Najwa Latif feat Syamkamarul & Sleep
5) Zizan Razak & Kaka Azraff
Hafiz memenangi tiga anugerah iaitu Grup/Duo Meletop, Penyanyi Meletop, Lagu Meletop
Penyanyi Meletop
1) Akim
2) Dato' Siti Nurhaliza
3) Hafiz Suip (PEMENANG)
4) Najwa Latif
5) Stacy
Lagu Meletop
1) Bahagiamu Deritaku: Hafiz Suip (PEMENANG)
2) Galau: Dato' Siti Nurhaliza
3) Infiniti Cinta: Zizan Razak & Kaka Azraff
4) Muara Hati: Dato' Siti Nurhaliza & Hafiz Suip
5) Kita : Forteen
Program TV Meletop
1) Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012
2) Love You Mr. Arrogant
3) Maharaja Lawak Mega 2012 (PEMENANG)
4) Masterchef Selebriti Malaysia 2013
5) Super Spontan 2013
Bintang TV Meletop
1) Azlee Khairi: Love You Mr Arrogant
2) Jep: Super Spontan 2013 (PEMENANG)
3) Johan: Maharaja Lawak Mega 2012
4) Zara Zya: Love You Mr. Arrogant
5) Zizan Razak: Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012
Bintang Filem Meletop
1) Aaron Aziz: KL Gangster 2 (PEMENANG)
2) Jep: Sepah the Movie
3) Siti Saleha: KL Zombie
4) Yana Samsudin: Minyak Dagu
5) Zizan Razak: KL Zombie
Filem Meletop
1) Highland Tower
2) KL Gangster 2 (PEMENANG)
3) KL Zombie
4) Lawak Ke Der?
5) Sepah the Movie
Artis Serantau Meletop
1) Afgan
2) Randy Pangalila
3) Sleeq (PEMENANG)
4) Smash
5) Tegar
Anugerah WeChat Meletop: Zizan Razak
Anugerah Top Top MeleTOP Wanita: Zara Zya
Anugerah Top Top MeleTOP Lelaki: Zizan Razak
#Anugerah Meletop Era #Aril #Datuk AC Mizal #Datuk Siti Nurhaliza #Hanis Zalikha #Nabil Ahmad #Neelofa