Zizan Razak jatuh sakit, terlantar di hospital

Gempak
November 25, 2016 07:50 MYT
Merujuk daripada hashtag yang ditulis, Zizan jatuh sakit kerana demam dan berterima kasih kepada dua orang yang mungkin telah membantunya.
PELAKON dan pelawak, Zizan Razak menerusi laman sosial Instagram miliknya memuat naik foto dirinya kini terlantar sakit di hospital.
Menerusi foto itu juga dilihat Zizan telah diusung di atas katil oleh beberapa jururawat di sebuah hospital.
Entri berkenaan dimuat naik dengan kapsyen: "Thanks to @ashraf_rahman9 @hafizarazak #demam #gws #zizanrazak"
Merujuk daripada hashtag yang ditulis, Zizan jatuh sakit kerana demam dan berterima kasih kepada dua orang yang mungkin telah membantunya.
Terdahulu Zizan telah memuat naik sekeping gambar menunjukkan tangannya yang berbalut dengan kapas seperti baru lepas dicucuk.
Zizan menerusi entri berkenaan memberitahu dirinya sakit dengan menulis kapsyen: "Akitttt #zizanrazak"
Kami dari pihak Astro Gempak telah menghubungi pihak Zizan, namun gagal. Bagaimanapun kami mendoakan agar dia cepat sembuh.
#demam #Jatuh sakit #terlantar sakit di hospital #Zizan Razak