Zizan Razak dilantik panel juri Festival Filem Antarabangsa Malaysia ke-6 - 'Dia versatil, pelakon bertaraf dunia'

Gempak
Jun 28, 2023 08:15 MYT
Goh memuji bakat lakonan Zizan yang dianggap sudah bertaraf dunia selain berbangga dapat menamakan aktor itu sebagai ahli juri buat kali pertama. - Gambar Astro GEMPAK
TERAJU utama filem Polis Evo 3, Zizan Razak menandakan satu kejayaan besar dalam kerjayanya apabila dia mewakili Malaysia dalam panel juri untuk Festival Filem Antarabangsa Malaysia atau MIFFest ke-6.
Pengerusi MIFFest Joanne Goh berkata pelawak dan pelakon aksi itu akan menyertai pengarah Hong Kong Johnnie To serta Truong Ngoc Anh dari Vietnam, Eric Khoo dari Singapura dan Ryuichi Hiroki dari Jepun dalam panel yang diketuai oleh To.
Malah Goh turut memuji bakat lakonan Zizan yang dianggap sudah bertaraf dunia selain berbangga dapat menamakan aktor itu sebagai ahli juri buat kali pertama.
"Zizan adalah seorang pelakon Malaysia yang serba boleh dan bertaraf dunia dan kami berbangga untuk menamakan dia sebagai ahli juri buat kali pertama,” katanya.
Pada majlis sidang media pengumuman festival itu di GSC Mid Valley Megamall baru-baru ini, Goh juga mengumumkan bahawa pelakon veteran Hong Kong Sylvia Chang akan menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.
"Sumbangan Chang kepada industri filem sangat besar dan filemnya telah bergema dengan penonton di seluruh dunia,” ujarnya.
MIFFest berlangsung di LaLaport BBCC di Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur, dari 23 hingga 29 Julai.
Anugerah itu akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur di BBCC pada 29 Julai depan bermula pukul 8 malam.
Filem pembukaan festival filem itu ialah Mark Lee's Eraser, sambutan Bangsa Malaysia yang juga merupakan filem terakhir Allahyarham penyanyi dan pelakon Adibah Noor.
Goh berkata 300 filem dari 15 negara telah dihantar untuk festival itu dan 42 filem membuat pilihan terakhir.
"Filem yang ditayangkan dalam festival itu termasuk Adoi Jiwa Ku oleh Steve Yap dari Malaysia," kata Goh.
Program khas MIFFest ialah Program Taiwan yang menampilkan filem Taiwan yang mendapat pengiktirafan kritikal dan dua forum mengenai evolusi industri filem negara.
MIFFest juga bekerjasama dengan Bucheon International Fantastic Film Festival (BIFAN) untuk program BIFAN At MIFFest yang mempamerkan filem Korea Selatan yang mendapat pengiktirafan kritikal.
Kategori anugerah (lima calon setiap satu) MIFFest ialah Pengarah Terbaik, Sinematografi, Lakon Layar, Pelakon Lelaki, Pelakon Wanita, Pelakon Pembantu Lelaki dan Pelakon Pembantu Wanita.
MIFFest turut hadir dengan Anugerah BMW Shorties tahunan dengan 10 kategori dan 133 penyertaan.
BMW Shorties memasuki tahun ke-17 dan meraikan filem pendek Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari mifest.com.my.
Sumber - NST
#Zizan Razak #juri #MIFFest #Festival Filem Antarabangsa Malaysia
;