Ziana Zain akhirnya buka mulut tentang gosip dengan VIP ternama
Shafizan Johari
April 5, 2021 18:38 MYT
April 5, 2021 18:38 MYT
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon sensasi Ziana Zain akhirnya membuka mulut mengenai gosip yang pernah melanda dirinya sekitar pertengahan tahun 1990an.
Pada ketika itu, bintang francais Sembilu dan Maria Mariana (kedua-dua filem arahan Datuk Yusof Haslam) itu pernah digosipkan dengan seorang VIP ternama, namun Ziana jarang sekali mahu bercerita mengenai perkara itu.
Begitulah Ziana yang sinonim dengan sikap profesionalisme dalam kalangan media tempatan dan juga peminat tegarnya.
Baru-baru ini, menerusi satu temu bual eksklusif dalam slot "Stars@AWANI" yang disiarkan di platform media sosial Astro AWANI pada Ahad lalu, Ziana begitu telus menjawab persoalan ini.
Katanya, dia tidak pernah terfikir tohmahan yang dilemparkan terhadap dirinya menjadi satu penghalang untuk komited dengan kariernya dan terus berkarya.
Ziana 3 Dekad
"Orang akan cuba gosipkan kita dengan perkara yang kita tak pernah buat dan tidak terfikir boleh keluar. Saya ambilnya (dengan redha) selagi ibu bapa saya tahu saya siapa, saya tahu saya siapa!" jelas Ziana ketika mengimbau perjalanan karier seninya sempena ulang tahun ke-30 Ziana dalam industri seni.
Setelah lebih 20 tahun, Ziana Zain akhirnya buka mulut tentang gosip dengan VIP
#Ziana Zain
#Ziana Zain Tiga Dekad
#media sosial
#karier
#VIP
#VIP ternama
#Facebook
#Sembilu
#Maria Mariana