Zed Zaidi tolak tawaran berlakon kerana sibuk
Astro Awani
Februari 18, 2013 17:22 MYT
Februari 18, 2013 17:22 MYT
Sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi menafikan dakwaan dirinya diboikot pengarah sebaliknya menjelaskan dia terpaksa menolak tawaran lakonan kerana terlalu sibuk.
Zed atau nama sebenar. Rozaidi Abdul Jamil menyatakan dia masih lagi menerima tawaran berlakon.
Menurutnya selain menguruskan persatuan Seniman, Zed juga sibuk dengan kempen Pilihan Raya Umum ke-13 yang bakal berlansung.
“Sebenarnya menghentamkan orang itu adalah perkara biasa, namun hakikatnya tanggungjawab saya kini berat disamping jadual yang ketat menjelang PRU-13 yang memerlukan tumpuan saya 100%,” kata Zed.
Sungguhpun dihentam kerana kelantangan bersuara, Zed menyatakan ia merupakan cara terbaik bagi memastikan isu yang dibangkitkan mendapat perhatian.
Zed berkata demikian ketika ditemui pada majlis aqiqah dan cukur jambul anak sulungnya, Ryan Zikry di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, Bangsar.