Zed Zaidi kekal presiden Seniman

Bernama
November 15, 2019 20:09 MYT
Zed Zaidi mempertahankan jawatan Presiden Seniman selepas menang tanpa bertanding pada Mesyuarat Agung Seniman Ke-18, hari ini. - Foto Facebook/Zed Zaidi
Rozaidi Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bagi penggal 2019-2022 selepas menang tanpa bertanding pada Mesyuarat Agung Seniman Ke-18, hari ini.
Setiausaha Agung Seniman Mohd Hafiz Mohd Nafiah dalam kenyataan berkata mesyuarat yang berlangsung di Pawagam Mini P. Ramlee Finas Hulu Kelang itu dihadiri 115 ahli berdaftar Seniman.
Katanya, pada mesyuarat itu, pelakon Zuraini Kassim juga menang tanpa bertanding bagi jawatan timbalan presiden.
Tambahnya mesyuarat pertama barisan kepimpinan Seniman itu akan diadakan dalam masa terdekat untuk melantik tiga lagi exco tambahan.
-- BERNAMA
#menang tanpa bertanding #Mesyuarat Agung Seniman #Persatuan Seniman Malaysia #Rozaidi Jamil #Seniman #Zed Zaidi #Zed Zaidi kekal Presiden Seniman
;