Zarina kini bergelar tunangan Datuk Seri Khazrul Elzey
Gempak
Januari 24, 2023 20:35 MYT
Januari 24, 2023 20:35 MYT
BARU-BARU ini pelakon Zarina Anjoulie selamat mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya iaitu Datuk Seri Khazrul Elzey.
Malah momen gembira itu juga dikongsi oleh kedua-dua pasangan ini menerusi platform media sosial masing-masing.
Selain majlis sarung cincin, apa yang menarik perhatian netizen adalah cara majlis pertunangan pasangan ini berlangsung.
Rata-ratanya mengagumi Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju ini kerana tidak melakukan majlis besar sebaliknya memilih untuk bersederhana walaupun berkemampuan.
Antara komen diterima:
“Simple je tapi still nice... Tahniah Anju dan pasangan, semoga dipermudahkan segala urusan,”
“Walaupun kaya tapi tak berlagak pun, sederhana je majlis tunang dia, suka tengok”
“Tahniah Anju dan pasangan. Alhamdulillah suka tengok kesederhanaan majlis yang Anju pilih,”
Dalam pada itu, netizen juga turut memuji Anju yang kelihatan begitu manis sekali mengenakan hijab.
“Alhamdulillah… Tahniah Anju, manis bertudung, moga mendapat kebahagiaan dunia akhirat,”
“Anju ni muka Arab, kalau bertudung memang cantik MashaAllah,”
“Suka tengok Anju pakai hijab. Semoga dipermudah semua urusan dan perkahwinan kekal abadi. Aamin,”
“Tahniah Anju, suka tengok dia bertudung. Wanita bila dapat lelaki yang tepat, pasti berubah ke arah yang lebih baik,”
Terdahulu, Anju sebelum ini mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada Mac depan.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Artikel asal disiarkan di Gempak.