Zaquan Adha kongsi video terima kasih buat peminat Harimau Malaya

Gempak
Disember 17, 2018 04:54 MYT
Mohd Zaquan Adha berkongsi sebuah video untuk melahirkan rasa terima kasih kepada penyokong setia Harimau Malaya.
KAPTEN pasukan bola sepak Malaysia, Mohd Zaquan Adha berkongsi sebuah video untuk melahirkan rasa terima kasih kepada penyokong setia Harimau Malaya.
Video itu dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
Zaquan menyifatkan perlawanan AFF Suzuki 2018 merupakan pengalaman yang berharga buat dirinya selama bergelar pemain bola sepak.
"Alhamdulillah. Such a Precious Experience A long the Aff Suzuki 2018 tournament journey Thank You Allah!!
"Tq friends/teammates, coaches atas peluang dan kerjasama terbaik. Pengalaman yang paling terindah sepanjang bergelar pemain bola sepak.
"Terima kasih atas sokongan seluruh menyokong Harimau Malaya. Kami telah melakukan yang terbaik.
"Syukur Alhamdulillah rezeki Allah sampai ke tahap ini. Mohon ampun dan maaf kekurangan dari saya Zaquan Adha selaku captain Malaysia yang terbaik hanya datang dari Allah SWT," tulis Zaquan.
#Harimau Malaysia #Instagram #Zaquan Adha