Zamir juara Masterchef All Stars

Astro Awani
Januari 29, 2014 19:13 MYT
Walaupun hampir kecewa kerana saingan yang amat sengit, tuah menyebelahi peserta paling muda 'Masterchef All Stars', Arshad Zamir.
Peserta berusia 21 tahun itu dinobat sebagai juara selepas menewaskan Celina Khor di Episod Pembalasan Terakhir.
Menyifatkan Celina sebagai pesaing kuat sepanjang pertandingan, Zamir hampir putus harapan kerana bertembung Celina di pusingan akhir.
Zamir memilih untuk menghidangkan 'Sup Cendawan' sebagai pembuka selera, 'Sea Bass Gone Wild' sebagai hidangan utama dan 'Kek Angel'.
Kemenangan itu juga melayakkannya menyumbangkan wang sebanyak RM55,000 kepada badan kebajikan 'Rumah Teduhan Kasih'.
Barisan juri tetap terdiri daripada Chef Johari Edrus atau lebih dikenali sebagai Papa Joe, Chef Zubir Md Zain dan Chef Adu Amran.
Pernah menyertai Masterchef musim pertama, Zamir hanya berjaya menempatkan diri sebagai empat yang terbaik di kalangan peserta akhir.
#Arshad Zamir #Masterchef All Stars
;