SEPANJANG bulan Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi, penyanyi terkenal, Zamani memilih untuk berehat ekoran penderitaan tulang belakang tidak mengizinkan dia untuk aktif menyanyi.
Selama tempoh itu juga, selain memberi tumpuan pada ibadah, finalis Gegar Vaganza musim ke-5 (GV5) itu juga akan menjalani rawatan intensif di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Vokalis utama kumpulan Slam itu sebelum ini dilaporkan menghadapi masalah tulang belakang melengkung atau penyakit skoliosis.
"Kalau nak diikutkan saya boleh bertahan lagi tetapi sepanjang Ramadan nanti saya tidak mengambil sebarang persembahan.
"Jadi, itulah masa yang paling ideal untuk saya melakukan rawatan tulang belakang ini. Sebelum ini saya sudah membuat pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur dan doktor mengesahkan keadaan tulang saya berbentuk 'S'.
"Saya bukanlah akan menjalani pembedahan tetapi melakukan rawatan yang sesuai mengikut saranan doktor," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single dan muzik video Aduh di Red Box The Gardens, Kuala Lumpur.
Masalah tulang belakang melengkung yang dihadapi artis yang cukup popular dengan lagu Gerimis Menundang itu sering mengganggu kesihatannya.
Dalam pada itu, Zamani berkata, jadual yang padat, berdiri terlalu lama dan kurang pengambilan air menambah risiko penyakitnya itu.
"Sekarang memang sibuk ke sana ke sini. Takkanlah saya nak tolak undangan nyanyian.
"Jadi, apabila berdiri terlalu lama dan terlalu penat, tambah pula saya kurang minum air, itu punca sakit ini datang balik," ujarnya yang selama ini bergantung pada ubat penahan sakit.
Aduh merupakan hasil ciptaan Zamani bersama Faizal Tahir, Adib Hussin, Mike Chan, Romeo dan Karim Karam.
Gempak
Fri Apr 26 2019
![Zamani Slam rehat sebulan jalani rawatan tulang belakang Zamani Slam rehat sebulan jalani rawatan tulang belakang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/41556258461_zamani-tulang-header.jpg)
Zamani memberitahu dia akan beri tumpuan pada rawatan sakit tulang belakang sepanjang bulan Ramadan ini.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739744657_JohariTunOpeng.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Zamani rasa macam bermimpi, terharu bersanding di pelamin Zamani rasa macam bermimpi, terharu bersanding di pelamin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/51577883719_Zamani.jpg)
Zamani rasa macam bermimpi, terharu bersanding di pelamin
Zamani tidak sangka berpeluang duduk bersanding di pelamin seperti pengantin lain.
![Rai ulang tahun ke-25, netizen harap Slam buat konsert reunion Rai ulang tahun ke-25, netizen harap Slam buat konsert reunion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/71545904840_slamcover.jpg)
Rai ulang tahun ke-25, netizen harap Slam buat konsert reunion
Lagu popular, Gerimis Mengundang antara karya malar segar yang terus diminati ramai pendengar tidak kira di Malaysia mahupun nusantara.