'Zaman sekarang, ramai ustaz, ustazah 'jadian' sibuk mengata hal orang' - Fasha Sandha

Gempak
Januari 16, 2019 12:00 MYT
Fasha turut berasa terkilan dengan masyarakat masa kini yang menganggap artis milik masyarakat dan mengkritik mereka sewenang-wenangnya. - Foto IG Fasha
AKTRES jelita, Fasha Sandha berpendapat bahawa penerimaan masyarakat terhadap artis tempatan ketika zaman awal kemunculannya di industri hiburan lebih baik dari sekarang.
Menurut Fasha, masyarakat dahulu tidak begitu lantang memberi kritikan negatif kepada artis dan lebih menghargai bakat mereka.
Fasha meluahkan perkara itu menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya (IG) buat tatapan umum.
Di entri terbabit, Fasha meletakkan dua keping gambar iatu gambar di tahun 2003 dan terkini.
"Gambar kiri ketika zaman remaja, tahun 2003, zaman Natasha (drama lakonannya), sebelum wujudnya zaman media sosial, bukan zaman bawangnizers, kecam dan sebagainya.
"Gambar kanan tu gambar sekarang, gambar zaman keyboard warriors.
"Zaman dahulu best sebab orang tak kisah dan tak membawang sangat, sebab orang lebih tengok bakat," tulisnya.
Dalam pada itu, Fasha turut berasa terkilan dengan masyarakat masa kini yang menganggap artis milik masyarakat dan mengkritik mereka sewenang-wenangnya.
"Zaman sekarang, ramai ustaz ustazah jadian, sibuk mengata hal orang walaupun diri tak sempurna, dan ramai juga anggap artis milik masyarakat.
"Sorry ya, pendapat saya, artis bukan milik masyarakat, itu hanyalah kerjaya kami sahaja, jadi saya tak kisah orang nak kata apa, yang penting hati," tulisnya mengakhiri ruangan kapsyen.
Fasha mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2002 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi lakonan dalam filem dan drama tempatan.
#Fasha Sandha #Instagram #karier #media sosial #selebriti #ustaz #ustazah
;