"Zaman dulu orang tak berapa pandang pelawak..." - Perkongsian Afdlin Shauki undang sebak

Gempak
Februari 11, 2020 18:00 MYT
Afdlin Shauki berkongsi kenangan dengan Allahyarham Harun Salim Bachik dan Abam Bocey.
MASIH terkesan dengan pemergian Abam Bocey, pelawak dan juga pengarah, Datuk Afdlin Shauki berkongsi kenangannya berama rakan baiknya, Allahyarham Harun Salim Bachik.
Dalam hantaran di akaun Instagram peribadinya, Afdlin membawa ingatan peminat seni tanah air terhadap senario industri hiburan terhadap gelanggang seni lawak di Malaysia.
Menurut Afdlin, sebilangan besar masyarakat barangkali sudah lupa bagaimana peranan besar yang dimainkan oleh angkatan pelawak dalam menceriakan kehidupan rakyat Malaysia.
Namun, beliau secara peribadi tidak akan sama sekali dapat memadam sejarah yang pernah mencatatkan sumbangan besar rakan-rakan seangakatan dan generasi muda dalam dunia komedi.
"Zaman kita dulu orang tak berapa pandang pelawak. Sekadar selingan saja tapi oleh kerana orang macam arwah Harun Salim Bachik, arwah Din Beramboi, arwah Mr OS dan ramai lagi pelawak generasi sebelum ni, adik-adik pelawak kita hidup dalam dunia yang berbeza," katanya.
Tambahnya, kerja menghiburkan hati orang dengan lawak jenaka ini boleh mengubah nasib mereka dan keluarga sehingga menjadi seseorang yg di hormati.
"Al-Fatihah buat semua pelawak-pelawak yang sudah pergi kerana sumbangan mereka," kata Afdlin berkongsi suara hatinya.
BACA: Pelawak Abam Bocey Meninggal Dunia
Menerusi ruang komen, rata-rata netizen turut tersentuh dengan perkongsian Afdlin itu.
Kebanyakan mereka menganggap kesemua pelawak yang telah pergi itu satu aset berharga buat industri hiburan khususnya.
Pelakon komedi terkenal yang juga bekas Presiden Seniman, Harun Salim Bachik meninggal dunia pada 8 Mac 2015.
Pemergian arwah dipercayai selepas mengalami sesak nafas ketika singgah di Hentian Rehat & Rawat Gunung Semanggol (Selatan), Perak.
Ketika itu arwah dilaporkan dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang bersama keluarganya.
Allahyarham meninggal dunia pada usia 56 tahun.
BACA: Sahabat iring perjalanan terakhir seorang seniman, Harun Salim Bachik
BACA: Isteri dedah permintaan terakhir Allahyarham Harun Salim Bachik
Dan pada Isnin pula, industri hiburan dikejutkan dengan pemergian pelawak terkenal, Abam Bocey yang meninggal dunia dalam tidur.
Pemergian Abam menyentuh emosi sebilangan besar karyawan seni tanah air, pemimpin negara, para pendakwah serta peminat seni tanah air.
BACA: "Abam cari rezeki kuat bantu mak dan adik" - Ustaz Ebit Lew kongsi kisah arwah Abam
BACA: "Kalau aku mati tolong kebumikan aku," Achey imbas gurauan Abam yang menjadi kenyataan
#Abam Bocey #Afdlin Shauki #Allahyarham #dunia komedi #Harun Salim Bachik #meninggal dunia
;