Zain Saidin tidak sedar gambar diguna laman web untuk tarik orang ramai

Bernama
Ogos 2, 2016 07:23 MYT
Zain berkata beliau tidak menyedari gambarnya digunakan dengan nama orang lain di laman web berkenaan. - Foto Instagram Zain Saidin
Pelakon Zain Saidin akan meminta pihak pengurusannya meneliti satu laman web yang menggunakan gambarnya sebagai tarikan untuk orang ramai menyertai kerja dalam talian.
Zain, 32, ketika dihubungi Bernama berkata beliau tidak menyedari gambarnya digunakan dengan nama orang lain di laman web berkenaan.
"Saya tidak tahu tentang perkara ini dan akan meminta pihak pengurusan saya untuk siasat dengan lebih lanjut," kata suami kepada aktres terkenal Rozita Che Wan ini.
Laman web itu antara lain memaparkan artikel bagaimana seorang rakyat Malaysia kononnya mampu meraih pendapatan puluhan ribu sebulan selepas menyertai aktiviti kerja dalam talian.
Ia turut memuatkan gambar Zain dan anak perempuannya.
#Aaisyah Dhia Rana #Rozita Che Wan #Zain Saidin
;