Zahnita sempat mohon maaf kepada ibu mentua, namun...

Gempak
Disember 16, 2024 17:08 MYT
Zahnita mendedahkan dia sempat menghubungi ibu mentuanya itu untuk memohon maaf sepanjang dia bersama keluarga tersebut. - Gempak
'SAYA minta maaf kerana tak dapat teruskan jaga dia ( suami )."
Itu kata bekas model dan pelakon, Zahnita Wilson kepada ibu mentuanya apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama suaminya Abd Zackery Ghouse.
Pelakon berwajah pan-asian kacukan Melayu New Zealand ini mendedahkan dia sempat menghubungi ibu mentuanya itu untuk memohon maaf sepanjang dia bersama keluarga tersebut.
Bagaimanapun respon yang diterima amat menyedihkan.
"Yes.. baru-baru ini saya memang ada call ibu mentua saya dengan niat hendak mohon maaf sebab tak dapat jaga dan bersama anak dia ( Zakery).
"Tetapi respon yang saya terima daripada dia (ibu mentua) memang kurang baik dan agak menyedihkan untuk saya ketika itu.
"Saya faham buruk baik, Zakery anak dia. Tidak mengapa kalau dia tak dapat terima niat baik saya itu. Saya faham.
"Yang penting Z ikhlas untuk minta maaf kepada dia (ibu mentua) kerana saya fikir saya pernah menjadi sebahagian keluarga itu," katanya kepada Gempak.
Bagaimanapun Zahnita tetap bersyukur dan berterima kasih kerana keluarga itu pernah menerimanya menjadi sebahagian keluarga berkenaan.
Dalam pada itu, Zahnita memberitahu, keputusan untuk bercerai dilakukan kerana tidak mampu lagi bertahan selepas menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak beberapa bulan lalu.
"Syukur, Allah adalah kekuatan saya selain sokongan ibu dan orang terdekat di sekeliling saya.
"Terus terang Z cakap, emosi saya sekarang memang lemah dan tak stabil. Saya fobia. Terima kasih kepada mereka yang sentiasa ada di sisi saya dalam keadaan trauma yang saya alami kini," katanya.
Ketika ditanya mengenai adakah dia akan memberi peluang kepada Zakery jika diminta, Zahnita berkata, perkara itu tidak mungkin terjadi.
"Tidak! tidak mungkin Z akan kembali bersama dia (Zakery). Saya boleh maafkan dia tetapi untuk melupakan apa yang berlaku terhadap saya sebelum ini tidak mungkin.
"Saya mengaku, saya cukup trauma," katanya ringkas.
Kes Zahnita mula mendapat perhatian selepas dia tidak dapat menahan sabar apabila dipukul oleh suami.
Sering dilihat ceria menerusi hantaran di Instagram, Zahnita juga mengejutkan ramai selepas dia berkongsi foto bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam.
Susulan laporan yang dibuat oleh Zahnita, suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abd Gafoor, telah ditahan oleh pihak berkuasa.
Ujian awal mendapati Abdul Zackery positif dadah. -- Gempak
#Zahnita Wilson #mohon maaf #ibu mentua #keganasan rumah tangga
;