Zahirah Macwilson selamat melahirkan anak lelaki
Asyraf Roslan
Januari 8, 2021 16:46 MYT
Januari 8, 2021 16:46 MYT
PELAKON Zahirah Macwilson dan suami Aiman Hakim Redza telah selamat menimang cahaya mata sulung mereka.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Zahirah melalui laman Instagram miliknya.
Menurut pelakon filem Bulan dan Pria Terhebat itu beliau selamat melahirkan 'putera' sulungnya itu pada jam 2.26 petang, Selasa lalu.
"Alhamdulillah pada 5 Januari saya selamat melahirkan anak lelaki saya pada jam 2.26 petang.
"Kami sangat teruja dengan pengalaman ini sehingga bergelar ayah dan ibu," katanya di laman Instagram.
Zahirah melahirkan anak sulungnya itu di Perth, Australia Barat.
Aiman dan Zahirah mengikat tali pertunangan pada 8 Jun 2018 di Perth, Australia selepas enam bulan menjalin hubungan cinta.
Pada 20 Februari 2020 pasangan romantis itu selamat disatukan di Foyer Glamhall di Mercu Mustapha Kamal.
Tahniah diucapakan kepada Aiman dan juga Zahirah!