Zahirah MacWilson dedah Syazlin Zainal pernah berkongsi sesuatu

Gempak
November 13, 2022 12:48 MYT
Jelas Zahirah, dirinya sentiasa mengingati peribadi Allahyarhamah sebagai seorang yang bersemangat dan mempunyai yang impian tinggi selain memiliki suara yang merdu. - Gempak
PEMERGIAN Allahyarhamah Syazlin Zainal bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam kepada ahli keluarga dan rakan terdekat, tetapi turut dirasai oleh pelakon Zahirah MacWilson.
Menerusi muat naik di IG Story, Zahirah sempat berkongsi satu kiriman ucapan ringkas beserta sebuah video pendek sewaktu dia dan Allahyarhamah dipertemukan dalam sebuah drama.
Jelas Zahirah, dirinya sentiasa mengingati peribadi Allahyarhamah sebagai seorang yang bersemangat dan mempunyai yang impian tinggi selain memiliki suara yang merdu.
“Saya sentiasa teringat bagaimana awak pernah beritahu saya tentang harapan dan impian awak.
“Saya sentiasa teringat yang saya beritahu awak mempunyai suara yang merdu setiap kali menyanyi.
“Saya sentiasa teringat betapa semangatnya awak setiap kali di set penggambaran.
“Kami rakyat Malaysia bangun pagi ini (Jumaat) menerima berita sedih pemergianmu,” kongsi Zahirah.
KLIK: Jatuh dari tingkat 22, polis dedah punca kematian pelakon Syazlin Zainal
Dalam masa sama, aktor berusia 28 tahun itu turut menitipkan doa agar roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan insan yang beriman.
“Semoga awak tenang di sana (alam kematian) sayangku Alin (Syazlin), awak akan sentiasa diingati.
“Terima kasih pernah menjadi adik saya walaupun sekejap,” tambahnya.
KLIK: 'Terima kasih untuk segalanya, sayang ...' - Teman lelaki Allahyarham Syazlin Zainal
Terdahulu, jenazah Allahyarhamah Syazlin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, AU4, Taman Keramat Kuala Lumpur, kira kira jam 10:05 malam Jumaat lalu.
Ratusan hadirin termasuk ahli keluarga, sahabat dan rakan selebriti yang datang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah. -- Gempak
#Syazlin Zainal #Zahirah MacWilson #pelakon meninggal dunia #pemengaruh media sosial
;