Zack 'New Boyz' bebas tuduhan edar dadah
Bernama
Januari 11, 2013 18:47 MYT
Januari 11, 2013 18:47 MYT
Pemain bass kumpulan New Boyz, Radin Irwan Dzul Karnain Isagani atau Zack New Boyz dilepas dan dibebaskannya oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada tuduhan mengedar kanabis seberat 1,321 gram, tiga tahun lepas, tanpa dipanggil membela diri.
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas mendapati terdapat banyak kelemahan dalam siasatan polis yang membawa kepada kegagalan pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie.
Zack, 33, didakwa mengedar dadah kanabis seberat 1,321 gram di satu unit sebuah kondominium di Persiaran Surian, Petaling Jaya dekat sini, pada 9.20 malam, 26 Jan 2010.
Bapa kepada dua orang anak itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Dalam penghakimannya, Akhtar berkata tiada keterangan mengenai pemilikan dadah.