Yusry sambut ulang tahun ke-48 dengan 'hadiah' bayi lelaki

Astro Awani
Jun 15, 2021 13:40 MYT
Hari ini juga tanggal ulang tahun Yusry yang ke-14. Tahniah, Yusry dan Lisa! - Foto IG Yusry
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer tanah air, Datuk Yusry Abdul Halim dan isterinya Datin Lisa Surihani selamat menerima kehadiran cahaya mata ketiga awal pagi Selasa.
Yusry yang merupakan anggota kumpulan trio KRU itu berkata, dalam satu hantaran terbaharu di Instagram peribadinya mengesahkan Lisa telah selamat melahirkan bayi lelaki sekitar jam 2.30 pagi Selasa.
Menurut Yusry, Lisa dan bayi berada dalam keadaan baik.
“Syukur,” tulis Yusry, ringkas dalam hantaran terbaharu itu.
Hari ini juga merupakan hari lahir Yusry yang ke-48.
Yusry dan Lisa mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Yahaira Leanne dan Yusoff Leonne
#Yusry Abdul Halim #Lisa Surihani #bayi #cahaya mata #anak ketiga #Yahaira Leanne #Yusoff Leonne
;