Yusof Haslam mahu terbit kisah Lahad Datu
Astro Awani
Mac 11, 2013 15:34 MYT
Mac 11, 2013 15:34 MYT
Penerbit “Gerak Khas”, Datuk Yusof Haslam yang berpengalaman mengangkat martabat anggota Polis Diraja Malaysia, bercadang untuk menerbitkan kisah pencerobohan di Lahad Datu.
Beliau sebelum ini pernah menjalankan penggambaran di Lahad Datu yakin syarikatnya Skop Production mampu menerbitkan drama khas itu.
Bagaimanapun, penerbitan drama khusus “Lahad Datu” hanya boleh direalisasikan dengan persetujuan pihak berkuasa katanya.
Skop Productions tidak asing dengan drama bersiri bercirikan kepolisan seperti “Gerak Khas” dan "Roda-Roda Kuala Lumpur”.
Sementara itu, beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang gugur di Lahad Datu.