Yuna ubat kerinduan menerusi 'Home'

Astro Awani
Februari 5, 2013 10:10 MYT
Setelah sekian lama di perantauan, Yuna Zarai mengubati kerinduan pada keindahan dan makanan di Malaysia menerusi karya terbarunya, ‘Home’.
Video muzik untuk single ini dirakam menggunakan telefon pintar Galaxy Note 2.
‘Home’ mengambil masa kurang dua bulan untuk disiapkan dengan kerjasama Samsung sempena kempen 'Galaxy Wonderland'.
Yuna akui bukan mudah untuk memilih yang terbaik daripada 4500 penyertaan yang diterima, Yuna turut mengakui mendapat idea dari peraduan yang dijalankan Samsung .
Kagum dan bangga dengan projek video muzik kali ini, Yuna berkata ia memberi pengalaman yang berlainan kepada kerjayanya.
Yuna turut mendapat kerjasama pemain gitar Hujan, AG Coco dan pembikin filem Quek Shio Chuan.
Pembikinan video muzik ini boleh ditonton di Astro Ria pada 16 Februari depan.
#AG Coco #Galaxy Note 2 #home #Samsung #yuna zarai