Yuna terpilih jadi penghias kulit depan 'Vogue Singapore'
Astro Awani
Mac 30, 2021 16:58 MYT
Mac 30, 2021 16:58 MYT
PENYANYI Malaysia yang menempa nama di peringkat antarabangsa, Yuna, menempa sejarah peribadi apabila terpilih sebagai penghias muka depan majalah fesyen terkenal Singapura, Vogue Singapore.
Yuna muncul dalam edisi April dengan tema 'rhythm'.
Sesi fotografi diadakan pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan tema ilham dari festival muzik seperti Coachella.
Dalam paparan berkenaan, pemilik nama sebenar Yunalis Mat Zarai itu menceritakan perjalanan karier muziknya di peringkat antarabangsa dan cabaran yang terpaksa diharungi untuk sampai ke peringkat hari ini.
"Sebagai wanita dari Asia Tenggara beragama Islam dalam industri muzik Amerika, saya melalui pebagai cabaran, antaranya terpaksa berhadapan dengan stereotaip orang Islam, hijabi, Asia Tenggara, atau "kita tidak tahu di mana tempatnya".
"Tetapi saya menemui orang yang baik juga, mereka yang memahami apa yang saya lakukan dan mahu mendengar muzik saya," ceritanya.