Yuna temu ramah Cate Blanchett sempena program #changedestiny

Kohilah Sekaran
Februari 27, 2016 04:51 MYT
Difahamkan, Yuna berpeluang untuk menemu ramah Cate Blanchett secara eksklusif sempena program SK-II #changedestiny menerusi Google Hangout, hari ini.
PENYANYI tempatan, Yunalis Mat Zara'ai atau lebih dikenali sebagai Yuna nampaknya terus mengharumkan nama negara di persada dunia.
Baru-baru ini, Yuna berkongsi sekeping gambar beliau bersama pelakon terkenal antarabangsa, Cate Blanchett di laman Instagramnya.
Difahamkan, Yuna berpeluang untuk menemu ramah Cate secara ekslusif sempena program #changedestiny anjuran syarikat kosmetik SK-II menerusi Google+ Hangout.
“Jadi, perkara ini berlaku hari ini.
“Saya ingin sampaikan bahawa jika anda percaya dalam kuasa mengubah masa depan (#changedestiny), bakat anda akan berkembang dari menemu ramah Cate Blanchett melalui skrin komputer, kepada bertemu beliau secara peribadi,” tulis Yuna di laman Instagramnya.
Selain Cate, Yuna juga menemu ramah penyanyi Indonesia, Anggun Cipta Sasmi pada program tersebut.
Susulan itu, rata-rata peminat berkongsi rasa kagum mereka dengan mengucapkan tahniah kepada Yuna di ruang komen kenyataan tersebut.

About to go live with my special guest.. Guess who?? Find out at #changedestiny Google+ hangout! pic.twitter.com/4beoaeNMRc

— Yuna Zarai (@yunamusic) February 27, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
##changedestiny #penyanyi #tempatan #Yuna