Yuna sertai dunia K-Pop, bakal bergabung dengan Epik High

Ng Aun Kee
Februari 28, 2019 04:35 MYT
Yuna bakal bekolaborasi dengan Epik High pada bulan Mac. - Instagram/@yuna/@blobyblo
BERITA baik untuk peminat Yuna dan K-Pop selepas penyanyi antarabangsa berkenaan diumumkan bakal berkolaborasi dengan kumpulan Epik High, bulan depan.
Perkara itu diumumkan salah seorang anggota Epik High, Tablo, di akaun Twitternya.
Kerjasama ini adalah sebahagian daripada kempen menjelang penerbitan album terbaharu Epik High "Sleepless in __".
Album tersebut dijadual dilancarkan pada 11 Mac nanti dan turut menyaksikan kerjasama Epik High dengan beberapa penyanyi terkenal lain seperti Suga dari kumpulan BTS, Crush, Sunwoo Jung-a dan Code Kunst.

#sleeplessin__________ https://t.co/yMjJqKM9TO

— Yuna Zarai (@yunamusic) February 27, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, kumpulan trio ini juga sudah bekerjasama dengan ramai artis terkenal termasuk IU dan Lee Hi dari Korea Selatan, dan Sekai no Owari dari Jepun.
Epik High merupakan kumpulan K-Pop yang dianggotai oleh Tablo, Mithra Jin dan DJ Tukutz merupakan artis di bawah naungan syarikat pengurusan YG Entertainment.
Mereka memulakan kerjaya mereka pada 2003 dan melakar nama sebagai antara kumpulan bergenre hip hop alternatif yang paling disegani di Korea Selatan.
#entertainment #Epik High #hiburan #K-pop #Kpop #Yuna #yuna epik high #yuna zarai