Yuna, Owl City lancar muzik video 'The Croods'

Astro Awani
Mac 16, 2013 08:46 MYT
Artis popular tempatan, Yuna telah berganding bahu bersama artis Amerika Syarikat, Owl City untuk melancarkan muzik video ‘Shine Your Way.
Video tersebut merupakan sebuah lagu dalam soundtrack filem 3D terbaru Dreamworks/20th Century Fox, the Croods.
Filem yang bakal ditayangkan 22 Mac ini memaparkan suara-suara dari pelakon terkenal seperti Nicolas Cage, Ryan Reynolds, Emma Stone dan lain-lain lagi.
Yuna, atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, semalam telah muncul dalam rancangan Tonight Show with Jay Leno.
Dalam persembahan itu, beliau telah mendendangkan lagu ‘Shine Your Way’ bersama penyanyi kumpulan Owl City, iaitu Adam Young.
Sebelum itu, satu lagi catatan yang manis dan membanggakan telah dilakarkan apabila lagu ‘Shine Your Way’ telah dinyanyikan oleh perserta-peserta American Idol.
#Adam Young #Jay Leno #shine your way #Yuna