Yuna, Lenny Kravitz persembah lagu promosi Sukan Olimpik 2016
Kohilah Sekaran
April 28, 2016 15:23 MYT
April 28, 2016 15:23 MYT
Penyanyi tempatan yang kini menetap di Amerika Syarikat, Yuna merupakan antara salah seorang daripada lima penyanyi yang dipilih untuk mempersembah lagu promosi Sukan Olimpik 2016.
Kempen tersebut telah dilancarkan minggu lalu bertepatan dengan majlis ‘Flame Light’, lapor laman portal olympic.org.
Bertajuk The Fire, lagu kempen itu akan menampilkan penyanyi Diogo Nogueira dari Brazil, Nneka dari Nigeria dan Corinne Bailey Rae dari Britain.
Turut terpilih, penyanyi dan pemenang anugerah Grammy Lenny Kravitz.
Menerusi laman Facebooknya, Yuna, atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara'ai, berkata beliau amat bangga untuk mempromosikan lagu tersebut.
Temasya Sukan Olimpik 2016 bakal berlangsung di yang akan berangsung di Rio de Janeiro, Brazil pada Ogos depan.
Sehubung itu, netizen menyampaikan ucapan tahniah kepada Yuna di media sosial.
Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada penyanti berusia 28 tahun itu kerana mengharumkan nama negara di pesada antarabangsa.