Yuna kekal identiti muzik
Astro Awani
Februari 5, 2013 16:35 MYT
Februari 5, 2013 16:35 MYT
Biarpun telah menukar syarikat rakaman, Yuna kekal dengan identiti yang dibawa selama ini.
Penyanyi ini tiada sebab untuk mengubah identiti walaupun kini bernaung di bawah syarikat rakaman Amerika Syarikat, The Verve.
Di bawah pengurusan produser, David Foster, Yuna menyifatkan Foster sangat memahami dan sentiasa menyokongnya.
Sibuk dengan pembikinan album baru, bagaimanapun penyanyi berusia 26 tahun ini tidak pasti bila album tersebut akan dipasarkan.
Dalam pada itu, Yuna menjelaskan kontraknya bersama syarikat rakaman Fader Label telah tamat baru-baru ini.